KUALA LUMPUR: Sejumlah 100 menara telekomunikasi di Kelantan yang rosak akibat banjir telah selesai dibaiki serta berfungsi seperti biasa, kata Menteri Komunikasi Dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata kerja baik pulih yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu juga antara lain melibatkan penambahbaikan kepada 127 menara telekomunikasi di Kelantan.
"Alhamdulilah semuanya telah diperbaiki dan berfungsi. Ini merupakan komitmen Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk memastikan setiap fasiliti telekomunikasi di kawasan yang terjejas banjir berfungsi dengan baik," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Fahmi berkata MCMC juga telah menambah baik sebuah menara telekomunikasi di Bendang Pak Yong, Tumpat menggunakan konsep Rangkaian Teras Operator Berbilang (MOCN) manakala Tenaga Nasional Berhad meninggikan tapak sembilan substesen yang berdekatan bagi memastikan punca bekalan elektrik tidak terjejas akibat banjir.
"KKD akan terus memastikan kebajikan rakyat dibela tanpa diskriminasi termasuk di negeri yang diperintah oleh pembangkang... Selain menyantuni dan memahami keperluan rakyat di peringkat akar umbi, pendekatan rahmah ini diyakini mampu mengekalkan keharmonian dan perpaduan," katanya.
Beliau berkata KKD turut berkesempatan menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas kepada 450 penerima melibatkan penduduk sekitar Tumpat, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Kuala Krai serta pengamal media dan warga kementerian itu yang terkesan akibat banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023
Fahmi berkata kerja baik pulih yang dilakukan oleh MCMC itu juga antara lain melibatkan penambahbaikan kepada 127 menara telekomunikasi di Kelantan. - Foto BERNAMA
Serangan Balai Polis: Tujuh individu direman hari ini
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
AWANI Pagi: Kapas Marathon Crossing Swimathon 2024
Kerajaan Negeri Terengganu anjur kejohanan sukan renang marathon patuh syariah, yang pertama di Malaysia.
Israel pertahan hak serang Rafah di ICJ
Pasukan peguam Israel di ICJ menegaskan ia mempunyai hak mempertahankan diri dari Hamas, walaupun Afrika Selatan memohon hentikan serangan di Rafah.
Bantuan AS untuk Gaza tiba di Cyprus menanti pemindahan
White House mengesahkan bantuan tambahan AS untuk Gaza kini tiba di Cyprus, menunggu pemindahan melalui jeti sementara yang dibina di wilayah itu.
FIFA dapatkan nasihat perundangan sebelum gantung Israel
FIFA akan mendapatkan nasihat perundangan sebelum bersidang pada Julai untuk membincangkan permohonan Palestin menggantung Israel dari perlawanan antarabangsa.
Alami era baharu televisyen dikuasakan AI daripada Samsung
Empat ciri utama diketengahkan: 'AI Image Upscaling', 'AI Sound', 'AI Energy Mode', dan paling penting, 'AI Security.'
ProAIBI2024 anjuran Politeknik dan Kolej Komuniti fokus Kelestarian Alam Bina
ProAlBi 2024 tahun ini memperkenalkan segmen baru dengan kolaborasi antarabangsa dari Kolok Industrial and Community Education College, Thailand.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah Jawatankuasa Bersama Dalam Perdagangan kepada Suruhanjaya Bersama
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk menganjurkan penglibatan perniagaan dua hala secara kerap.
Polis siasat ancaman jemaah islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi Jumaat.
Komuniti perniagaan perlu teroka peluang di Kazakhstan - PM
Beliau berkata kerajaan sentiasa memberikan kemudahan dan sokongan kepada komuniti perniagaan untuk mengembangkan operasi mereka ke luar negara.
Dipercayai terdapat gerakan tersusun sebar maklumat palsu di media sosial - Fahmi
Fahmi berkata bagaimanapun buat masa ini, Kementerian Komunikasi belum menerima apa-apa maklumat secara terperinci.
Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi
Orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi memastikan mereka tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Pengamal media perlu rujuk Wisma Putra sebelum sertai misi bantuan NGO - Fahmi
Pengamal media perlu merujuk dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan khidmat nasihat dan garis panduan sebelum menyertai misi bantuan anjuran NGO.
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Kementerian Komunikasi utamakan artis veteran dalam penganjuran majlis, program - Fahmi
Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan.
Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi
Perdana Menteri sudah membuat beberapa pertimbangan sebelum memutuskan mengenai pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.